Jumaat, 28 Januari 2011

TOLONGLAH.

Aku tak tahu nak kata apa dah.

Aku rasa kita di Malaysia ini kekurangan bakat-bakat pengolah suara yang betul-betul berbakat. Mungkin disebabkan oleh faktor bidang ini kurang diberi pendedahan terhadap orang ramai.

(Kamu pernah nampak stesen televisyen membuat ujibakat untuk mencari pengolah suara berbakat? Aku tidak pernah. Yang banyak adalah ujibakat mencari penyanyi-yang-tidak-berapa-pandai-menyanyi. Kamu tahu rancangan apa yang aku sebut)

Dan disebabkan hal tersebut, rancangan anime yang disiarkan di Malaysia menjadi bleh.

Aku tabik dengan TV3 kerana berjaya menyiarkan filem Gundam 00 walaupun filem tersebut baru 2 bulan habis disiarkan di Jepun sendiri (aku sendiri masih belum habis torrent filem tersebut, sesiapa boleh tolong seedkan?)

Tapi aku tak berapa gemar dengan tindakan kamu yang mengolah suara (dubbing?) dalam filem tersebut, dan pengolah suara kamu sangat teruk. Tulis saja sarikata seperti yang dilakukan oleh NTV7 terhadap siri anime Bleach dan lain-lain.

Mungkin kamu boleh mengolah suara dalam anime bila kerjaya pengolah suara menjadi rebutan orang ramai.

Sekian, nukilan kali ini. Dan TV3, tolak 30 markah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aku tak kisah kalau kamu ada pedapat sendiri. Tinggalkan saja pendapat kamu di sini.