Ahad, 23 Januari 2011

Hidup.

Mungkin niat kamu suci untuk merombak sistem lama yang difikirkan kurang relevan. Tapi cara kamu yang salah telah menyebabkan niat itu disalah ertikan, yang akhirnya menimbulkan salah faham.

Dan, tempoh minggu yang lepas, kamu telah menyusahkan aku dan kawan-kawan dengan fahaman 'baru' kamu itu.

Kamu menentang sistem yang dirasakan tidak relevan pada pandangan, padahal kamu tidak mencari atau menyelami fakta dan konsep sistem tersebut. Dan kamu yang terlalu hidup senang di bawah ketiak mak bapak, langsung tidak boleh menerima sistem induction saat kamu melangkah ke alam yang baru (universiti-lah).

Dan kamu telah menutup mata dan telinga terus kepada seruan 'perubahan' yang kami cuba sampaikan.

Adakah susah untuk datang berkenal-kenalan dengan kami, untuk memahami ideologi yang kami cuba terapkan, untuk memahami cara sebagai seorang pelajar seni bina? Kerana dengan ideologi inilah yang akan membantu kamu untuk survive dalam kursus yang mencabar fizikal dan mental.Dan percayalah, berselindung di bawah ketiak mak bapak tidak akan membantu langsung, mahupun apa yang kamu belajar sebagai pelajar perubatan (ya, perubatan dan seni bina adalah 2 kursus yang berbeza, aku tak tahu persamaan antara kedua-duanya)

Dan kursus yang gila ini bukan untuk kamu yang tidak boleh tahan tidur selepas jam 4 pagi, ataupun kamu yang terkurung di bawah ketiak bapa askar kamu yang sudah bersara. Dan kamu yang terlalu radikal dengan agama. (suara adalah aurat bagi lelaki? kamu akan belajar tentang human ergonomic dan melihat banyak gambar bogel dalam buku2 kamu)

Masa tu kamu nak tutup mata sambil menjerit 'maksiat! maksiat!' atau lari jauh-jauh dari buku tersebut?

Memang tak-ah, dan memang kamu tak boleh belajar langsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aku tak kisah kalau kamu ada pedapat sendiri. Tinggalkan saja pendapat kamu di sini.