Selasa, 29 Mac 2011

Surat Aku Kepada Golongan Setan Yang Babi

Apa nak buat kalau malang menimpa diri? Gigit jari sajalah.

Kepada si setan, aku harap kau kena bala bertimpa-timpa sebelum mati. Aku cuma nak kau tahu kalau kau mati, aku sedekahkan sumpah seranah aku saja. Tiada Al-fatihah untuk kau. Sebab aku rasa kau tak layak dapat. ataupun peduli.

Aku berharap sangat kau kena bala kat dunia. Kau pun bukan percaya sangat dengan hari pembalasan kan?

Ok-lah, aku kena pergi. Kena memikir cara seksaan yang paling kejam yang boleh dibuat orang.

(Sumpah seranah aku bermula dari sekarang sampai kau pulangkan balik iPad aku yang kau curi. Bukan salah aku ya?)

Jumaat, 18 Mac 2011

Nukilan Tanpa Tajuk Sebenar

Aku kebuntuan idea untuk menulis sekarang ini. Walaupun banyak isu sedang hangat sekarang ini, tapi aku fikir tidak menarik minat aku. Jadi aku tengah mencari isu yang relevan untuk ditulis.

Bincangkan tentang politik? Aku malas ambil pot. Banyak lagi blogosfera macam itu. Google sendiri.

Blog bergambar? Rasanya mungkin boleh diusahakan.

Blog porno? Jangan. (walaupun baru-baru ini ada carian 'nukilan seks' untuk sampai ke blog aku, sah kurang pendedahan ni)

Jalan-jalan cari makan? Google is the best. Use it wisely, my friends.

Aku betul-betul buntu.

Khamis, 17 Mac 2011

Jumaat, 11 Mac 2011

TOLONGLAH

Aku tak tahu nak kata apa dah.

Gempa bumi melanda Jepun dan negara-negara yang berdekatan. Dan apa yang kamu risaukan adalah keselamatan bintang porno?

Aku tahu kamu risaukan keselamatan cikgu-biologi-tidak-rasmi kamu itu (itulah, siapa suruh kamu ponteng kelas biologi masa sekolah dulu). Tapi apa yang penting adalah melakukan apa yang kamu terdaya untuk membantu SEMUA mangsa. Bukannya menggelabah tentang cikgu-biologi-tidak-rasmi kamu itu.

Kamu heran ke kalau ada apa-apa terjadi pada bintang porno itu? Aku tak heran.

Baca artikel yang aku maksudkan di sini. Dan aku tidak ada filem-filem dia (apa, kamu ingat aku suka tengok porno ka?)

Sabtu, 5 Mac 2011

Panduan Blog Ini

Dalam beberapa hari ini, aku kerap mengunjungi blog-blog yang didirikan oleh teman-teman aku. Dari situ, aku telah mendapat beberapa panduan yang perlu aku (atau kamu) patuhi semasa mendirikan blog. Ambil perhatian ini adalah pendapat aku sahaja, ya?


1.Terlalu Banyak Aplikasi

Orang akan datang ke blog kamu menggunakan talian Internet yang tidak sistematik. Ada yang menggunakan broadband yang lambat macam sial, ada yang menggunakan talian wi-fi percuma universiti (yang kadang-kala tidak boleh dikesan langsung). Sementara aplikasi yang banyak dalam blog akan menyebabkan masa loading blog kamu menjadi lama. Dan orang Malaysia memang terkenal dengan sikap kurang sabar (seks dulu sebab kahwin lambat lagi, suka potong 'Q' di kaunter kerajaan, dan lain-lain). Memang orang akan tutup saja.


2.Playlist Dalam Blog

70% orang yang melayari Internet akan memasang playlist kegemaran mereka. Yang lagi 30% pula tidak memasang muzik sebab tengah curi-curi ber-Internet di pejabat dan tidak mempunyai headphone. Bayangkan kalau kamu tengah sedap-sedap layan album runut bunyi 'Infant Sorrow: Get Him To The Greek', tiba-tiba terdengar muzik jiwang yang tidak sedap. Lari orgasme kamu. Kamu akan tercari-cari blog sumber muzik itu dan tutup. Tanpa sempat membaca blog itu.


3. Gambar-Gambar Dalam Blog

'A thousand picture tells a stories' mungkin adalah panduan blog kamu. Aku tidak mengatakan ia adalah salah. Cuma ia kurang relevan bila kamu meletakkan gambar di kiri kanan, atas bawah blog. Orang akan keliru tentang blog kamu. Yang kronik akan meletakkan gambar kekasih penuh dalam blog, yang lagi kronik akan meletakkan gambar kekasih DAN gambar sendiri penuh di dalam blog. Memang pening membaca penulisan kamu sebab penuh dengan gambar yang berwarna-warni. Silap bulan, boleh buta warna. Tapi, letak gambar lurah dada boleh. Sebab lurah dada hanya ada dua warna dan seronok dilihat.


Ini sahaja untuk kali ini. Aku akan sambung kalau aku jumpa blog yang sesuai.

Selasa, 1 Mac 2011

Masa Melayan.






(Cool Rider malam itu: Wafeeq, Mark, Redo)

Apa yang perlu dibuat kalau kebuntuan idea bagi pelajar senibina? Mungkin layan filem (dari filem porno hingga filem hantu),beramah-mesra antara satu sama lain (bu-wek), atau bermain muzik (tiada kesalahan di sini).

Tapi kami main basikal.

Ya, sekarang aku gila bermain basikal. Dan agak seronok bermain dengan mereka ini. Terima kasih kepada Quixofixed kerana memperkenalkan basikal fixed gear ini kepada aku.

(Redo, bila nak siap mash cap aku? Lama aku tunggu. Baru ingat nak belanja Pizza Hut)