Jumaat, 2 Disember 2011

Ini Adalah Penyeksaan = This Is Torture = TIT (NSFW)




Pedulikan Akademi Fantasia, Vokal, Iron Chef itu semua. Perempuan ni terus jadi sensasi Internet dengan menggunakan monyet saja. 

Hasilnya? Dia terus terkenal satu dunia. Siap di-offer masuk tv dan radio lagi. Carian pasal minah di Internet ni jangan cakaplah. Habis semua gambar dia orang selongkar, model lah katakan.
Contoh gambar:






Huiyo, best bila ada Internet.

(Aku tak bertanggungjawab kalau kamu kantoi di tempat kerja, ya?)

Jumaat, 25 November 2011

Trend Baru Selepas Planking



Memperkenalkan 'pub peab'-ing, trend terbaru dari Thailand. Lebih selamat dari planking.




Ok, ini hanya sesuai dipraktikkan oleh perempuan sahaja. Lelaki tidak sesuai. Kenapa?


Ini jawapannya...

Selasa, 22 November 2011

Entri Tiada Tajuk.


Entri ni sangat lambat. Memang aku makin malas.

Main tharek-tharek layang-layang di Port Dickson.

Tahniah kepada skuad bola sepak Sukan Sea Malaysia di Indonesia. Penuh dekat Twitter dan Facebook aku orang ucapkan tahniah.

Sabtu, 5 November 2011

Nukilan Tanpa Tajuk

Kelmarin, aku ke kedai henfon, dengan niat untuk membeli topap yang makin berkurang. Bila aku masuk saja, kelibat engkau terpacak di kaunter, masih jelita, masih menawan seperti mana kali pertama aku masuk ke kedai kau.

Ya, kau masih lagi menangkap perhatian aku. Seperti mana kali pertama aku gagap membeli topap dari kau. Kau hanya tersengih, cukup menarik hati aku. Tapi aku sedar aku hanyalah seorang budak lepasan sekolah masa itu, tidak layak, tidak matang umpama Luke Skywalker dalam A New Hope untuk kau. Jadi perasaan itu aku pendam.

4 tahun berlalu.

Tiada bezanya dari 4 tahun lalu. Aku masih lagi belajar umpama Luke Skywalker dalam Empire Strikes Back, kau masih lagi menjual topap, di kedai yang sama, di bangku yang mungkin sudah ditukar. Betapa salahnya suara dalaman aku

Perut kau sudah mula membesar, dan aku tidak maksudkan gemuk di sini. Kau, aku kira sudah berjumpa dengan putera penunggang kuda kau, sudah disemai dengan benih kehidupan. Sudah bahagia semestinya.

Kau dah jumpa dengan cinta kau, aku pula masih mengejar cita-cita aku. Cerita kau sudah tamat di situ. Cerita aku masih dalam pembikinan, entah macam mana akhirannya aku pun tak tahu. Cuma aku pernah impikan supaya cerita kau dan aku bersambung pada satu poin.

Aku kena sambung cerita aku. Moga aku berjumpa dengan pengganti kau.

Rabu, 2 November 2011

Isnin, 17 Oktober 2011

Satu Ketika di Negara Orang (Tanah Thai)







Bermacam-macam jenis orang ada. Yang dah tak macam orang pun ada.

Seronok melihat ragam orang. Oh, lihatlah dunia!

Khamis, 8 September 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri

Hidup memang nampak lebih ceria bila kita mulakan lembaran yang baru. Semua kesalahan dibuang, kita ambil harapan baru. Che-wah.
Entri AidilFitri yang lambat sebab laptop tak bawa balik sekali. Hampeh.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Nak Ambil Percubaan SPM?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiR_C-ZpfdMqA2RcDVZfB8JJfGcKo1hDKB9KxZz1XS8BQ4joopGakk2q0c-kRCgHV-fWM7fJedWxz4B_tR-PszTqnLVuG4QW-NdYloMCl-NdfdIjhY2Z-AEX-RYaBzw8hVmpiST5I5Wtpy3/s1600/Untitled-1.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjW-o_TvQk7AU0fPyVL2FB8Javhb-64yK7ge_gncd7GEsc8XYnfg5B4x8AevAGl_L38Y3wkQR6Jkde9m9q-OhCaWmzrV58l2l27Lg4sLJory8BJVDF3mX4fzRzkWrMyPie6djOG24gzJljC/s1600/4.jpg 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2uExRqVV9piJxAB5qT6TLOoux1Mybtbb6w6nrRb4YnrIExw7cuKxNBPbtbiKj8MY6NA478n0igm8Jp-8YYgPaUcVEgQ1J0sdW6Ib39k8QUIS9NGaqUTz1KL4Pj1U7u5F3jXKJ_l7KQph5/s1600/2.jpg
Sila jawab dengan jujur. Kalau masih tak dapat markah penuh, sila banyak-banyakkan makan mata ikan tuna.

*Diambil dari blog Obefiend, aku cuma peniru tegar (manusia asalnya hanyalah peniru bukan?)


Khamis, 4 Ogos 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak



Ramai yang datang untuk tengok si pelakon Drogba dan si muka bayi Torres. Benayoun hanyalah untuk dilembukan. Kasihan dia.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Dan selamat berbuka puasa. Apa juadah berbuka yang kamu rasa tertipu masa beli?
Bukan apa, pada bulan puasa inilah kita senang kena tipu. Benda yang tak sedap boleh jadi sedap.Semua sebab perut lapar punya pasal. Jadi, pandai-pandailah bawa kawan yang bukan Muslim datang sekali. Suruh dia tolong rasa.
...
...
...
*Entri kali ini tiada gambar panas sebagai menghormati bulan puasa. Bukan apa, 70 peratus gambar yang ada dalam simpanan aku sangatlah mengiurkan lagi menyesatkan. Tak sesuai.

Rabu, 13 Julai 2011

Ini Adalah Penyeksaan = This Is Torture = TIT

Ada sesiapa nak tolong? Tak susah, bagi pendapat saja.

Orang atau patung yang ada dalam gambar ni?





Gambar diambil dari ChinaCute02

Seram juga bila dah tak boleh bezakan orang atau patung. Aku suka, tapi seram, tapi aku suka juga. Ok-lah, ada peluang, aku nak jumpa live, buat pemeriksaan sendiri. Ha ha ha.

Sabtu, 9 Julai 2011

Apakah?

Bila mana rakyat sudah bersuara, polis dikerah merata-rata, yang tak bersalah menjadi mangsa. Manalah rakyat tak naik hangin. Haih..

Disambung terus ke picasaweb.google.com

Rabu, 29 Jun 2011

Drama Depan Mata

Inilah peranan Internet, boleh tengok orang yang aku tak dapat jumpa depan-depan

Lelaki (bukan aku): Untuk awak, saya tengok bunga ni, saya asyik ingatkan awak. Seyes.

Awek: Buat apa la awak bagi saya bunga, nanti layu. Baik awak bagi saya beg Prada tu, boleh saya pakai pergi kerja.

...

...

...

Kesian sama mamat tu. Mungkin bunga sudah tak relevan nak bagi dekat awek di zaman ni.

nota kaki: Tiada kena-mengena dengan awek dalam gambar. Dia cun, aku letak la dalam ni.

Rabu, 15 Jun 2011

Bila Pulak Bab Agama Dibuat Main-Main?



Bab-bab agama jangan main hentam. Tak kisahlah agama apa pun.


Letaklah kartun kau puji parti politik kau, pasal bini PM pergi melancong Dubai atau yang sezaman dengannya. Aku tak ambil kisah, atau peduli. Tak ada kena mengena dengan aku.
Itu hak kau sebagai media kerajaan, hak milik kerajaan, tukang kipas kerajaan.

Tapi bab agama jangan dibuat main, apatah lagi dikartunisasikan. Nak jadi paper Jyllands Posten versi Malaysia ke?

Ini bukan apa, sebab ini berkaitan dengan apa yang aku buat tiap-tiap hari. Jadi aku marah. Dan tak silap aku, wartawan paper ni pun beragama jugak kan? Ke agama dah buat kipas untuk bos?

Be sensitive, man. And what the hell with your research?