Jumaat, 25 November 2011

Trend Baru Selepas Planking



Memperkenalkan 'pub peab'-ing, trend terbaru dari Thailand. Lebih selamat dari planking.




Ok, ini hanya sesuai dipraktikkan oleh perempuan sahaja. Lelaki tidak sesuai. Kenapa?


Ini jawapannya...

Selasa, 22 November 2011

Entri Tiada Tajuk.


Entri ni sangat lambat. Memang aku makin malas.

Main tharek-tharek layang-layang di Port Dickson.

Tahniah kepada skuad bola sepak Sukan Sea Malaysia di Indonesia. Penuh dekat Twitter dan Facebook aku orang ucapkan tahniah.

Sabtu, 5 November 2011

Nukilan Tanpa Tajuk

Kelmarin, aku ke kedai henfon, dengan niat untuk membeli topap yang makin berkurang. Bila aku masuk saja, kelibat engkau terpacak di kaunter, masih jelita, masih menawan seperti mana kali pertama aku masuk ke kedai kau.

Ya, kau masih lagi menangkap perhatian aku. Seperti mana kali pertama aku gagap membeli topap dari kau. Kau hanya tersengih, cukup menarik hati aku. Tapi aku sedar aku hanyalah seorang budak lepasan sekolah masa itu, tidak layak, tidak matang umpama Luke Skywalker dalam A New Hope untuk kau. Jadi perasaan itu aku pendam.

4 tahun berlalu.

Tiada bezanya dari 4 tahun lalu. Aku masih lagi belajar umpama Luke Skywalker dalam Empire Strikes Back, kau masih lagi menjual topap, di kedai yang sama, di bangku yang mungkin sudah ditukar. Betapa salahnya suara dalaman aku

Perut kau sudah mula membesar, dan aku tidak maksudkan gemuk di sini. Kau, aku kira sudah berjumpa dengan putera penunggang kuda kau, sudah disemai dengan benih kehidupan. Sudah bahagia semestinya.

Kau dah jumpa dengan cinta kau, aku pula masih mengejar cita-cita aku. Cerita kau sudah tamat di situ. Cerita aku masih dalam pembikinan, entah macam mana akhirannya aku pun tak tahu. Cuma aku pernah impikan supaya cerita kau dan aku bersambung pada satu poin.

Aku kena sambung cerita aku. Moga aku berjumpa dengan pengganti kau.

Rabu, 2 November 2011