Ahad, 19 Ogos 2012

Raya Aidil Fitri Kali Ini

Kepada semua, aku minta maaf zahir dan batin. Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri yang mulia ini. Semoga ini bukan Ramadhan dan Syawal yang terakhir untuk kita.

Sebak sedikit bila aku dengar bapa kawan aku dah pergi selamanya pada malam 1 Syawal. Semoga rohnya diberkati. Al-fatihah untuk dia.

Dan kepada producer cerita Astro yang buat idea K-Popnya Raya, sila terjun KB Mall sekarang. Terima kasih kepada anda, mood raya aku terus potong. K-Pop adalah K-Pop, Raya is raya. Apa ke bangang punya idea la. Tapi yang lagi teruk adalah.....

Bila aku melihat penonton dalam show itu, siap berbaju Melayu dan bersongkok lagi, tapi terkinja-kinja macam dekat parti. Buruk tahu tak, burok...

Inilah sebabnya Melayu takkan boleh jadi Korea sampai bila-bila (K-Pop dalam konteks ini ye? jangan salah faham)

Sabtu, 23 Jun 2012

Pos-Mortem

Cukup 1 semester yang gila untuk aku hari ini. Semester inilah aku mengalami banyak kejutan tentang kuasa. Ya, kuasa. Kuasa untuk memerintah, kuasa politik. Di sinilah aku menyaksikan orang pegang kuasa salah gunakannya. Untuk kepuasan diri sendiri, untuk dapatkan perempuan, untuk riak di depan mereka yang kurang bernasib baik. Ah dunia, kau memang kejam untuk insan biasa seperti aku.


Tiada nukilan bergambar pula. Sudah lama rasanya tidak buat carian gambar-gambar menarik di Google. 






Toni.
8.43 a.m

Jumaat, 23 Mac 2012

Ok-lah, aku nak ke China.

 Benda yang jarang berlaku bila perempuan ni sanggup kerja pakai sut maskot di China. Panas dalam tu...

Tak tahu la kalau gadis ni saja-saja kerja sambilan atau kalah main 'truth or dare' dengan kawan-kawan, tapi yang pasti memang nampak sayu dia ni.


Sedih ada, terpikat pun ada. mana lagi nak cari perempuan yang kental macam ni.

Selasa, 21 Februari 2012

Ahad, 1 Januari 2012

Nukilan Pertama 2012

Selamat tinggal 2011, banyak benda yang buat aku termenung sebab engkau. 

Selamat datang 2012, harap engkau boleh membawa berita yang lagi seronok walaupun banyak orang cakap kau adalah tahun dunia kiamat.

Tahun ini aku akan jadi 22 tahun, sudah tiba masa untuk fikirkan masa depan dengan serius.

Macam bila aku kena habis belajar.

Bila aku boleh naik motor enjin besar aku sendiri.

Atau di mana boleh aku jumpa perempuan yang iras-iras Yuna dalam FFX-2.

 Macam sama, tapi tak.


Dan yang penting, aku kena lupakan dia.