Sabtu, 5 Mac 2011

Panduan Blog Ini

Dalam beberapa hari ini, aku kerap mengunjungi blog-blog yang didirikan oleh teman-teman aku. Dari situ, aku telah mendapat beberapa panduan yang perlu aku (atau kamu) patuhi semasa mendirikan blog. Ambil perhatian ini adalah pendapat aku sahaja, ya?


1.Terlalu Banyak Aplikasi

Orang akan datang ke blog kamu menggunakan talian Internet yang tidak sistematik. Ada yang menggunakan broadband yang lambat macam sial, ada yang menggunakan talian wi-fi percuma universiti (yang kadang-kala tidak boleh dikesan langsung). Sementara aplikasi yang banyak dalam blog akan menyebabkan masa loading blog kamu menjadi lama. Dan orang Malaysia memang terkenal dengan sikap kurang sabar (seks dulu sebab kahwin lambat lagi, suka potong 'Q' di kaunter kerajaan, dan lain-lain). Memang orang akan tutup saja.


2.Playlist Dalam Blog

70% orang yang melayari Internet akan memasang playlist kegemaran mereka. Yang lagi 30% pula tidak memasang muzik sebab tengah curi-curi ber-Internet di pejabat dan tidak mempunyai headphone. Bayangkan kalau kamu tengah sedap-sedap layan album runut bunyi 'Infant Sorrow: Get Him To The Greek', tiba-tiba terdengar muzik jiwang yang tidak sedap. Lari orgasme kamu. Kamu akan tercari-cari blog sumber muzik itu dan tutup. Tanpa sempat membaca blog itu.


3. Gambar-Gambar Dalam Blog

'A thousand picture tells a stories' mungkin adalah panduan blog kamu. Aku tidak mengatakan ia adalah salah. Cuma ia kurang relevan bila kamu meletakkan gambar di kiri kanan, atas bawah blog. Orang akan keliru tentang blog kamu. Yang kronik akan meletakkan gambar kekasih penuh dalam blog, yang lagi kronik akan meletakkan gambar kekasih DAN gambar sendiri penuh di dalam blog. Memang pening membaca penulisan kamu sebab penuh dengan gambar yang berwarna-warni. Silap bulan, boleh buta warna. Tapi, letak gambar lurah dada boleh. Sebab lurah dada hanya ada dua warna dan seronok dilihat.


Ini sahaja untuk kali ini. Aku akan sambung kalau aku jumpa blog yang sesuai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aku tak kisah kalau kamu ada pedapat sendiri. Tinggalkan saja pendapat kamu di sini.