Memaparkan catatan dengan label pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendapat. Papar semua catatan

Ahad, 19 Ogos 2012

Raya Aidil Fitri Kali Ini

Kepada semua, aku minta maaf zahir dan batin. Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri yang mulia ini. Semoga ini bukan Ramadhan dan Syawal yang terakhir untuk kita.

Sebak sedikit bila aku dengar bapa kawan aku dah pergi selamanya pada malam 1 Syawal. Semoga rohnya diberkati. Al-fatihah untuk dia.

Dan kepada producer cerita Astro yang buat idea K-Popnya Raya, sila terjun KB Mall sekarang. Terima kasih kepada anda, mood raya aku terus potong. K-Pop adalah K-Pop, Raya is raya. Apa ke bangang punya idea la. Tapi yang lagi teruk adalah.....

Bila aku melihat penonton dalam show itu, siap berbaju Melayu dan bersongkok lagi, tapi terkinja-kinja macam dekat parti. Buruk tahu tak, burok...

Inilah sebabnya Melayu takkan boleh jadi Korea sampai bila-bila (K-Pop dalam konteks ini ye? jangan salah faham)

Jumaat, 2 Disember 2011

Ini Adalah Penyeksaan = This Is Torture = TIT (NSFW)




Pedulikan Akademi Fantasia, Vokal, Iron Chef itu semua. Perempuan ni terus jadi sensasi Internet dengan menggunakan monyet saja. 

Hasilnya? Dia terus terkenal satu dunia. Siap di-offer masuk tv dan radio lagi. Carian pasal minah di Internet ni jangan cakaplah. Habis semua gambar dia orang selongkar, model lah katakan.
Contoh gambar:






Huiyo, best bila ada Internet.

(Aku tak bertanggungjawab kalau kamu kantoi di tempat kerja, ya?)

Rabu, 13 Julai 2011

Ini Adalah Penyeksaan = This Is Torture = TIT

Ada sesiapa nak tolong? Tak susah, bagi pendapat saja.

Orang atau patung yang ada dalam gambar ni?





Gambar diambil dari ChinaCute02

Seram juga bila dah tak boleh bezakan orang atau patung. Aku suka, tapi seram, tapi aku suka juga. Ok-lah, ada peluang, aku nak jumpa live, buat pemeriksaan sendiri. Ha ha ha.

Rabu, 29 Jun 2011

Drama Depan Mata

Inilah peranan Internet, boleh tengok orang yang aku tak dapat jumpa depan-depan

Lelaki (bukan aku): Untuk awak, saya tengok bunga ni, saya asyik ingatkan awak. Seyes.

Awek: Buat apa la awak bagi saya bunga, nanti layu. Baik awak bagi saya beg Prada tu, boleh saya pakai pergi kerja.

...

...

...

Kesian sama mamat tu. Mungkin bunga sudah tak relevan nak bagi dekat awek di zaman ni.

nota kaki: Tiada kena-mengena dengan awek dalam gambar. Dia cun, aku letak la dalam ni.

Khamis, 28 April 2011

Pure Genius



Orang Kedah ni memang genius. Aku yang tak belajar agama betul-betul pun boleh faham (Kisah Benar).




Agak-agak pemain mana lagi yang boleh buat macam mamat Argentina ni?

Malas nak post gambar-gambar lagi buat masa ni, nanti korang marahkan aku buat korang geram pulak. Ok-lah, aku bagi gambar-gambar yang tak panas pulak. Macam kat bawah ni.
...
...
...
...
...
...

Ha ha ha.