Memaparkan catatan dengan label nukilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nukilan. Papar semua catatan

Selasa, 13 Ogos 2013

Raya 2013

Salam Hari Raya Aidilfitri.

Tiada apa yang istimewa dalam raya kali ini kecuali satu dialog yang pak cik aku sebut masa datang melawat rumah.

pak cik: **** ni ada masalah jantung kecil, jadi selalu ada masalah sikit kat sekolah dulu. Baru tahun lepas pasang wayar kat jantung (sila bayangkan dalam loghat pekat Kedah, aku malas nak taip. Susah).

aku: masalah camne?

pak cik: (Masih loghat Kedah) Dia selalu pengsan kalau macam tak cukup gula. Kawan-kawan dia pun habaq dia suka pengsan masa kat sekolah.

Suka pengsan.

Memang tak tahan aku gelak kat meja makan. Mesti diorang ingat aku ni kejam kalau bapak aku tak tegur pak cik aku tu. Inilah beza loghat Kedah ni, senang disalah tafsir.

Macam sial je perangai.



Ahad, 19 Ogos 2012

Raya Aidil Fitri Kali Ini

Kepada semua, aku minta maaf zahir dan batin. Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri yang mulia ini. Semoga ini bukan Ramadhan dan Syawal yang terakhir untuk kita.

Sebak sedikit bila aku dengar bapa kawan aku dah pergi selamanya pada malam 1 Syawal. Semoga rohnya diberkati. Al-fatihah untuk dia.

Dan kepada producer cerita Astro yang buat idea K-Popnya Raya, sila terjun KB Mall sekarang. Terima kasih kepada anda, mood raya aku terus potong. K-Pop adalah K-Pop, Raya is raya. Apa ke bangang punya idea la. Tapi yang lagi teruk adalah.....

Bila aku melihat penonton dalam show itu, siap berbaju Melayu dan bersongkok lagi, tapi terkinja-kinja macam dekat parti. Buruk tahu tak, burok...

Inilah sebabnya Melayu takkan boleh jadi Korea sampai bila-bila (K-Pop dalam konteks ini ye? jangan salah faham)

Ahad, 1 Januari 2012

Nukilan Pertama 2012

Selamat tinggal 2011, banyak benda yang buat aku termenung sebab engkau. 

Selamat datang 2012, harap engkau boleh membawa berita yang lagi seronok walaupun banyak orang cakap kau adalah tahun dunia kiamat.

Tahun ini aku akan jadi 22 tahun, sudah tiba masa untuk fikirkan masa depan dengan serius.

Macam bila aku kena habis belajar.

Bila aku boleh naik motor enjin besar aku sendiri.

Atau di mana boleh aku jumpa perempuan yang iras-iras Yuna dalam FFX-2.

 Macam sama, tapi tak.


Dan yang penting, aku kena lupakan dia.

Sabtu, 5 November 2011

Nukilan Tanpa Tajuk

Kelmarin, aku ke kedai henfon, dengan niat untuk membeli topap yang makin berkurang. Bila aku masuk saja, kelibat engkau terpacak di kaunter, masih jelita, masih menawan seperti mana kali pertama aku masuk ke kedai kau.

Ya, kau masih lagi menangkap perhatian aku. Seperti mana kali pertama aku gagap membeli topap dari kau. Kau hanya tersengih, cukup menarik hati aku. Tapi aku sedar aku hanyalah seorang budak lepasan sekolah masa itu, tidak layak, tidak matang umpama Luke Skywalker dalam A New Hope untuk kau. Jadi perasaan itu aku pendam.

4 tahun berlalu.

Tiada bezanya dari 4 tahun lalu. Aku masih lagi belajar umpama Luke Skywalker dalam Empire Strikes Back, kau masih lagi menjual topap, di kedai yang sama, di bangku yang mungkin sudah ditukar. Betapa salahnya suara dalaman aku

Perut kau sudah mula membesar, dan aku tidak maksudkan gemuk di sini. Kau, aku kira sudah berjumpa dengan putera penunggang kuda kau, sudah disemai dengan benih kehidupan. Sudah bahagia semestinya.

Kau dah jumpa dengan cinta kau, aku pula masih mengejar cita-cita aku. Cerita kau sudah tamat di situ. Cerita aku masih dalam pembikinan, entah macam mana akhirannya aku pun tak tahu. Cuma aku pernah impikan supaya cerita kau dan aku bersambung pada satu poin.

Aku kena sambung cerita aku. Moga aku berjumpa dengan pengganti kau.

Rabu, 13 Julai 2011

Ini Adalah Penyeksaan = This Is Torture = TIT

Ada sesiapa nak tolong? Tak susah, bagi pendapat saja.

Orang atau patung yang ada dalam gambar ni?





Gambar diambil dari ChinaCute02

Seram juga bila dah tak boleh bezakan orang atau patung. Aku suka, tapi seram, tapi aku suka juga. Ok-lah, ada peluang, aku nak jumpa live, buat pemeriksaan sendiri. Ha ha ha.